Followers

Showing posts with label Peteh. Show all posts
Showing posts with label Peteh. Show all posts

Tuesday, June 21, 2011

Penyu Tak Menangis Lagi



Masih tak terlambat aku mengucapkan sekalung taniah buat pasukan Terengganu FA yang beryaja menjulang Piala FA selepas menangguhkan hajat Kelantan dengan jaringan 2-1
Terengganu bangkit dari ketinggalan satu gol untuk muncul juara Piala FA 2011 selepas menewaskan jiran Pantai Timur, Kelantan 2-1 dalam aksi dramatik di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Nordian Alias muncul wira skuad Peteh apabila membolosi gawang Kelantan pada babak awal separuh kedua masa tambahan untuk memastikan Terengganu muncul juara Piala FA 2011. 

Read more...

Monday, June 6, 2011

El Clasico Kelantan tumpaskan Terengganu

Pertemuan klasik antara dua gergasi pantai timur semalam lebih memihak kepada pasukan pelawat Kelantan.
Kelantan memperolehi gol seawal minit ke 7 menerusi larian cantik oleh Daud Su dan disudahkan oleh Khairul Izuan.Gol itu seakan akan mematahkan semangat anak buah Irfan Bakti .Namun Terengganu berpeluang menyamakan kedudukan melalui Abdul Manaf Mamat tetapi berjaya diselamatkan oleh pengaja gol Kelantan yang beraksi cemerlang semalam.
Selepas rehat, penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha menambah derita Terengganu dengan dua gol hampir sama selepas melepasi benteng pertahanan untuk hanya berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol, Sharbinee Allawee pada minit ke-72 dan 90.

p/s: Bangkitlah Terengganu 

Read more...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...